TERMA & SYARAT

TERMA & SYARAT

Peraduan FamilyGuard Selamat Kembali Ke Sekolah [“Program Peraduan”] dianjurkan oleh SC Johnson & Son (Malaysia) Sdn Bhd. ["Penganjur"] bermula pada 1 Oktober 2022 dan berakhir pada 30 November 2022 ["Tempoh Peraduan"]

Penganjur berhak untuk meminda Terma, Syarat atau Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan Program Peraduan mesti sampai kepada Penganjur pada atau sebelum 30 November 2022. Penyertaan yang lewat akan dibatalkan secara automatik.

Program Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah, memegang nombor telefon mudah alih berdaftar di Malaysia, kecuali pekerja Penganjur dan agensi pengiklanan, promosi, acara dan penghubung awamnya, serta ahli-ahli keluarga terdekat mereka ["Peserta"].

1. Untuk menyertai Program Peraduan:

a) Para peserta mestilah membeli produk FamilyGuard (Pelbagai jenis) keluaran SC Johnson bernilai RM20 ke atas dari kedai Mydin di Malaysia yang tutur serta dalam Tempoh Program Peraduan. Satu (1) resit tersebut melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan.

b) Para peserta hanya boleh menyertai Program Peraduan ini dengan menghantar gambar resit yang jelas dan jawapan kepada soalan: “Produk FamilyGuard terbukti berkesan membasmi 99.9% virus & bakteria. (BETUL / SALAH)” ke Whatsapp 011-28959080, dengan butiran seperti berikut: Nombor Resit, Nombor MyKad, serta Nama Penuh. Contoh: 3498 851231011234 Mohd Ali  Betul

c) Simpan resit bercetak tunggal asal Mydin yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian.

e) Hanya resit bercetak asal Mydin dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit yang sukar dibaca, rosak, atau/dan diubah.

c) Program Peraduan akan bermula pada pukul 12.00 tengah malam 1 Oktober 2022 dan berakhir pada pukul 11.59 malam 30 November 2022.

d) Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Program Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej Messenger dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh Program Peraduan ini.

2. Cara pemilihan pemenang:

a) Setiap penyertaan yang layak akan diberi satu nombor giliran oleh Pihak Penganjur mengikut turutan penyertaan yang diterima.

b) Pemenang akan dipilih secara cabutan rawak dengan menggunakan kaedah yang disediakan menggunakan komputer. Nombor penyertaan yang terpilih akan menjadi Pemenang untuk hadiah yang dipilih. Proses pemilihan Pemenang akan mengambil selama empat (4) hingga enam (6) minggu dari tarikh tamat Tempoh peraduan. 

c) Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan diwajibkan menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang yang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

3. Hadiah Peraduan

a) Hadiah Utama X2 (Dua) : Baucar Mydin bernilai RM500.00 setiap satu

b) Hadiah Istimewa X10 (Sepuluh) : Beg galas kanak-kanak American Tourister bernilai RM199 setiap satu.

c) Setiap Pemenang Program Peraduan berhak menerima 1 hadiah sahaja sepanjang Tempoh Program Peraduan ini.

d) Penyertaan Program Peraduan akan diproses dan hadiah peraduan akan dihantar kepada Peserta setelah Penganjur menglengkapi semakan pengesahan yang diperlukan, dalam tempoh 4-6 minggu dari 30 November 2022. Sila pastikan semua butiran adalah tepat untuk kami meneruskan pengesahan dan penghantaran hadiah.

e) Penyertaan Program Peraduan dengan butiran yang tidak lengkap dan/atau tanpa bukti pembelian dan/atau mengandungi pembelian produk yang salah dan/atau penyertaan lewat tidak akan diterima. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

f) Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh Pihak Penganjur adalah seperti berikut : Kad Pengenalan Malaysia/Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri, tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat ini atau tidak memberikan butiran lengkap dan tepat atau membalas mesej kami tepat pada masanya.

g) Semua hadiah mesti dituntut dengan menggunakan perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut selepas enam puluh (60) hari dari tarikh pemberitahuan kemenangan hadiah akan dilupuskan oleh Pihak Penganjur.

4. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa bentuk atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam “keadaan sedia ada”.

5. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas hadiah yang hilang, rosak atau tertangguh dalam penyerahan atas sebarang kesilapan di pihak Penganjur atau mana-mana pihak lain.

6. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kematian dan kerosakan akibat penyertaan dalam Program Peraduan ini.

7. Dengan menyertai Program Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan Pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan butiran tersebut oleh Pihak Penganjur.

8. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh Pihak Penganjur dengan kaedah yang sesuai dengan maklumat yang diberi. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa anda telah mengizinkan Pihak Penganjur dan/atau ejen-ejen yang dilantik untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi serta untuk penambahbaikan produk-produk dan perkhidmatan. Pihak penganjur berhak untuk mengubahsuai, menukar,  menerbit semula, mempromosi dan selain menggunakan bahan promosi yang dicipta untuk mengeluarkan bahan penerbitan, iklan yang dicetak di majalah, peralatan pemasaran dan lain bahan yang dicetak termasuk bahan untuk laman web penganjur dan atau laman yang berkaitan termasuk menyediakan kepada anda maklumat berhubung dengan syarikat kami, produk, promosi dan lain-lain tawaran istimewa, mengoptimumkan pengalaman anda kepada laman web, menyampaikan kandungan iklan yang lebih relevan di laman web kami, laman pihak ketiga atau media sosial dan mengadakan kajiselidik dan analisis di dalam laman kami, produk, usaha pemasaran, publisiti dan jualan. Sekiranya anda memaklumkan Pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1800-88-0081 bahawa maklumat tersebut tidak harus digunakan untuk komunikasi selanjutnya, Pihak Penganjur akan menghormati permintaan tersebut. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/mana-mana pihak untuk sebarang kegunaan.

9.Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat Program Peraduan atau membatalkan Program Peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta dianggap bersetuju dengan segala perubahan tersebut.

10.Dengan menyertai Program Peraduan ini, setiap peserta dianggap bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Program Peraduan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan muktamad Pihak Penganjur.